Followers

Gorgeous Ramblings Facebook page

Friday, November 16, 2012

Mata sa berkedip, Kenapa ah?

Hari nie kan, tetiba berkedip kunun mata kiri saya. Tetiba saja bah.
Masa tu saya mau bersedia untuk pulang after a long boring working day today. 
Sunyi betul di workstation saya.

So, by the time mau pulang and on the way balik rumah, atukeeii bertambah laju bah tu kedipan. 
Terasa macam saya pakai bulu mata palsu sampai keberatan tu mata. haha..

The kedipan stop when I reached home.
After I had dinner, saya mau check facebook and continues with my online window shopping, tetiba tu mata kiri berkedipan lagik!

Ko pikir bah...bulih saya rasa lain-lain tu maksud di sebalik kedipan mata kiri saya.

So, untuk kasi sinang hati saya and dalam masa yang sama mau juga tahu apa juga maksud udang di sebalik maggi kari tu...eh! maggi pula. I mean maksud tu mata berguyang-guyang dia bilang orang kita, trus dii kaka sa google psal ni.

Nda saya sangka pula. Banyak maksud baik pula ni kalu mata kiri ataupun golibang mato dalam Bahasa Dusun kalu berguyang!

So tanpa malu-malu lagi, saya kongsi kasih sayang maksud di sebalik kedipan mata samaada yang kiri ataupun kanan (atas bawah lah! hehehe..)

Dalam banyak-banyak 'kekarutan' dan 'kekolotan' tu, saya paling suka yang ni lah.

Sebelum tu, saya dapat info ni daripada c kawan punya blog. Wanzeedee punya bah ni.

Bah, baca lah...

Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
Alis Kiri – akan mendapat wang.
Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.

Lepas tu kan, ada juga maksudnya kalu berkedip ikut masa. Fuyoh!!! Hebat colonel burger KFC!! 

MATA KANAN
Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan  ada yang menggoda atau mengganggu.
8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.
10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.
12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.
4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.
6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.
8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.
10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil
2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
MATA KIRI
Jika MATA KIRI sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.
2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.
4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.
8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.
10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.
2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.
Banyaknya firasat Orang Melayu tentang mata memberi gambaran betapa pentingnya mata dalam mempengaruhi perlakuan dan tindakan manusia. Justeru ungkapan ‘ dari mata turun ke hati…’ mempunyai pengertian yang sangat mendalam dan ada juga terdapat  firasat dan petanda-petanda pada anggota badan kita yang lain misalnya,
Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.
Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Bibir bawah bergerak – akan menangis.
Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.
Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.
Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.
Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.
Telinga bergerak – akan berkelahi.
Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.
Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.
Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.
Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.
Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.
Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.
Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.
Tangan Kiri gatal – nak buang duit.
Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi kalau kaki gatal semacam maknanya tak cuci kaki bersih mesti dah ada ‘ulat air’lah tu…

Tetiba ada kaki gatal yang paling last...tu nda payah cari maksud dia tu. Kalu urang tua-tua bilang memang kaki gansau punya manusia tu. Hahaha...

Bah, apa ko rasa maksud dia ni? (Jangan ko jawab rasa oren ah sebab saya nda suka rasa oren hehe!)

Kalu kamurang ada lagi yang lain daripada yang lain maksud di sebalik mata berkedip, sila kongsi-kongsi ya. Jangan lokek pengetahuan...tidak kurang juga tu gaji kamurang yang boss kamu bayar tu. :P

Hingga berkedipan lagi - Gorgeous R berkedipan alis mata kiri di waktu ni. (ada duit mau masuk ohh!)

Oh my ghost! :P

10 comments:

  1. Hari tu sy pya mata kelip2 d kiri bawah, bisuk dpt duit dr laki. Hahaha..

    ReplyDelete
  2. wow! bgs gia maksud dia tu....selalu urg ckp klu mata kiri bekelip ada urg mau meninggal knun,,,tp palis2....jauh2...sy x pcaya ba tu....mmg x jg tejadi klu x pcaya....hihihi....ko pcaya ja la dpt duit.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..sebenarnya saya sendiri pun tidak pasti yang kiri or kanan berkedip tu bagus or not. Sebab sa ni pelupa. Tapi like you said, pcaya ja la dpt duit. hehe..

      Delete
  3. Selalunya yang betul mata sebelah kira klu bergerak..mesti mau menagis..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nda tau lah sis tapi coincidence saja bah tu hehe!

      Delete
  4. Wah, byknya info. Sa pernah jga tpi inda ambi kesah so inda taulah pula apa yg sa dpt hehe... Tpi next time klau ada begerak taulah sia di mana mo cari info hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sa ambil kisah lepas tetiba berguyang tu mata lepas lamaaa suda nda berlaku mcm tu. hehe!

      Delete
  5. semalam pun mata sy ada bergerak, tapi lupa sudah yg mana satu o.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOL. Sa pun gitu tu slalu. Tapi ni kali sa mau monitor suda yaiii hehe!

      Delete

Gorgeous words from you